CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, 9 December 2011

unit 2 : MANDI

ADAB-ADAB MANDI




1. Membasuh tangan sebelum mandi.




2. Membaca bismillahirahmannirrahim dan berwuduk.


3. Memulakan dengan menjirus kepala.


4. Siram sebelah kanan badan


5. Siram sebelah kiri badan


6. Membasuh kaki





7. Meratakan air keseluruhan badan dan buang kekotoran


8. Bersihkan anggota badan dengan sabun


9. Hilangkan sabun yang ada ditubuh badan






FADILAT MANDI


  • Menghilangkan kekotoran ditubuh badan.

  • Memperolehi pahala

  • Tubuh badan menjadi segar dan sihat

  • Disukai oleh rakan.

  • Disukai oleh keluarga

  • Terhindar dari penyakit

  • Disukai oleh Allah dan Rasul.













MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

Tuesday, 6 December 2011

ADAB DAN FADILAT MENGAMALKAN KEBERSIHAN DIRI

UNIT 1 :  QADA' HAJAT

Adab qada' hajat ialah :-

1. TERLINDUNG daripada orang lalu lalang

2. ELAKKAN dari perkara berikut :-

  • Di lubang tanah

  • Di tempat air terjun

  •   Di air yang tenang

  • Mengadap matahari atau bulan

  • Di bawah pokok yang berbuah

  • Berkata-kata

  • Di kawasan angin bertiup

  • Mengadap atau membelakangkan kiblat

3. Istinjak dengan tangan kiri

4. Basuh tangan dan kaki










DOA MASUK TANDAS


اللّهم انى اعوذبك من الخبث والخبائث


 مقصود : يا الله اكو برليندوغ كفد-مو دري كبوروقن دان كجاهتن شيطان 






DOA KELUAR TANDAS


الحمد لله الذي أذهب عنى الاذى وعافانى


مقصود : سكالا فوجي باكي الله يغ منجاءوهكن دريكو فياكيت دان ممبري فدكو كصيحتن





ADAB MASUK BILIK AIR DAN TANDAS



  • MENUTUP kepala

  • MEMAKAI alas kaki ( kasut / selipar )

  • MASUK dengan kaki KIRI

  • Membaca DOA






ADAB KELUAR BILIK AIR DAN TANDAS

  • MEMBACA DOA KELUAR TANDAS

  • KELUAR DENGAN KAKI KANAN




KELEBIHAN BERADAB KETIKA QADA' HAJAT

  • Hidup kita menjadi sihat

  • Terhindar daripada penyakit

  • Badan menjadi bersih dan suci

  • Mendapat pahala daripada Allah

  • Allah suka orang yang bersih

  • Terhindar daripada gangguan syaitan









Bersabda Rasulullah s.a.w " KERBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"

PELAJARAN 1 : ADAB MAKAN DAN MINUM

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM



  • Mengutamakan orang yang lebih tua.
  • Jangan gelojoh ketika makan dan minum
  • Mengunakan tangan kanan ketika makan
  • Mengambil makanan yang terdekat dengan kita
  • Jangan bercakap perkara-perkara tidak elok, kotor dan jijik
  • Jangan mencaci makanan yang dihidangkan kepada kita



DOA SEBELUM MAKAN DAN MINUM


بسم اللّه الرحمن الرحيم

اللّهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

Maksudnya : Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka




DOA SELEPAS MAKAN DAN MINUM

بسم اللّه الرحمن الرحيم

الحمد اللّه الذي اطعمنا وسقانا وجعلنا من المسلمين

Maksudnya : segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami daripada kalangan orang yang muslimin.




KELEBIHAN BERADAB SEMASA MAKAN




  • Dapat mengelakkan dari PEMBAZIRAN

  • Sentiasa dipandang MULIA oleh orang ramai

  • Tidak menimbulkan KEBENCIAN kepada orang lain

  • Sentiasa mendapat KEREDAAN dari ALLAH s.w.t

  • Dapat menjaga KEBERSIHAN dan KESIHATAN tubuh badan









AKIBAT TIDAK BERADAB SEMASA MAKAN DAN MINUM
  • TIDAK disayangi oleh ALLAH dan RASUL

  • Akan dipandang HINA oleh orang lain

  • Boleh menyebabkan PEMBAZIRAN

  • Boleh mendatangkan PENYAKIT

  • PERBUATAN kita akan DIBENCI oleh orang lain.






























ممباج دعاء سبلوم دان سلفس ماكن اتاو مينوم حكومث اداله سنة


Friday, 18 November 2011

Selamat Datang


Assalamualaikum..
hari ini hari pertama saya mendaftar 
sebagai ahli blogger..
blog merupakan salah satu tugasan yang perlu saya laksanakan 
untuk semester akhir ini..
saya budak baru belajar 
diharapkan semoga dimaafkan jika 
ada kesilapan & kesalahan
dan juga jangan lupa jadi 
follower saya :)