CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday 6 December 2011

PELAJARAN 1 : ADAB MAKAN DAN MINUM

ADAB KETIKA MAKAN DAN MINUM



  • Mengutamakan orang yang lebih tua.
  • Jangan gelojoh ketika makan dan minum
  • Mengunakan tangan kanan ketika makan
  • Mengambil makanan yang terdekat dengan kita
  • Jangan bercakap perkara-perkara tidak elok, kotor dan jijik
  • Jangan mencaci makanan yang dihidangkan kepada kita



DOA SEBELUM MAKAN DAN MINUM


بسم اللّه الرحمن الرحيم

اللّهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

Maksudnya : Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka




DOA SELEPAS MAKAN DAN MINUM

بسم اللّه الرحمن الرحيم

الحمد اللّه الذي اطعمنا وسقانا وجعلنا من المسلمين

Maksudnya : segala puji bagi Allah yang memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami daripada kalangan orang yang muslimin.




KELEBIHAN BERADAB SEMASA MAKAN




  • Dapat mengelakkan dari PEMBAZIRAN

  • Sentiasa dipandang MULIA oleh orang ramai

  • Tidak menimbulkan KEBENCIAN kepada orang lain

  • Sentiasa mendapat KEREDAAN dari ALLAH s.w.t

  • Dapat menjaga KEBERSIHAN dan KESIHATAN tubuh badan









AKIBAT TIDAK BERADAB SEMASA MAKAN DAN MINUM
  • TIDAK disayangi oleh ALLAH dan RASUL

  • Akan dipandang HINA oleh orang lain

  • Boleh menyebabkan PEMBAZIRAN

  • Boleh mendatangkan PENYAKIT

  • PERBUATAN kita akan DIBENCI oleh orang lain.






























ممباج دعاء سبلوم دان سلفس ماكن اتاو مينوم حكومث اداله سنة


No comments:

Post a Comment